Sunday, April 8, 2012

Jom Naik No 1.

Naik Kereta Merah Nombor 1

Don’t force me to buy. Just show me why I should buy.

Jangan over-sell your product as if its the best money can buy.

I have been cheated many times before, now I don’t trust “salesman”.

Don’t just lip-service (janji manis), prove to me you’re different.

Arghhh ! Too much information and facts. This is too much to understand, better tak payah fikir sekarang. After all, I have other better things to do.

Muka macam boleh percaya, gaya macam dah berjaya, tapi…

Betul jugak, kalau tak bagus, macam mana boleh dapat nombor 1.

Takpe kasi chan budak ni, I bukan nak invest pun, saja nak teman berbual.

Tahukah anda, all the above are excuses and some reasons why prospect tak invest with or through us. When promoting a product, don’t hard sell. Be a solution provider – “show them the solution”. Pastikan “the solution” meets the prospects needs and wants. Don’t sell, show them how to buy.

“Needs” apa yang kita perlu. “Wants” apa yang kita mahu. So, selalunya “need” lebih kuat dari “want”. Although good sales consultant can package their product-solution until prospect yang tidak ada “need” tetapi “want” it. Bezakan keperluan kereta untuk tujuan kenderaan balik kampong untuk Hari Raya Haji – kenderaan is “need” . Tapi ikut hati, sure nak or “want” pandu kereta selesa lagi bergaya ? (Nak kereta BMW ? Call 017-3104 171, kita share macam mana nak mampu berkereta BMW).

Soalnya bagaimana nak jual package solution to fulfil need seseorang ? Do you know, everyone is a sales person. You sell to your kids, so that they eat their greens and fruits. You sell to your husband, so that he buys you that beatiful handbag (although dah ada more than 10 buah dalam almari). You also sell to your boss, that you’re on MC (although baru kebah-kebah sikit je, tapi semalam Deepavali, so today malas kerja). Ask yourself, how did you do it ? “Now everyone can sell” if they want to !

Nak tips handle objections ? JUST Consultants will be conducting “RM400,000 sales every month by just telephone cold calls” this Sabtu 29 October 2011 at Seminar Room, Public Mutual Cheras Branch 10am – 12pm. Seats confirm penuh but this is privilege for JUST agency only. Nak attend ? Kenalah jadi ahli keluarga kami, call 017-3104 171 segera !

Sikit prebiu….

7 Objections you must answer.

1) Unspoken objection – body gestures (nod but no feedback)

. ask open-ended questions, lean forward & listen to his response.

2) Criticize your product or you (maybe bad past experience)

. stay calm, remember you’re not the target, use Feel-Felt-Found tactic (also known as the “verbal taichi”)

3) banyak excuses & less serious

. nod, smile, agree, then ask questions.

. divert or shift focus to how other people (with same excuses) are now happy customers.

4) Ask for more information

. welcome objection (yang sahih) – welcome such objection, compliment and answer completely, then ask whether they understand now.

5)Show-off objections

. acknowledge them (briefly), and ask smart questions to show your interest and to fact-find.

6) Factual objections

. show testimonials and proof

7) General sales objections – usually at beginning

. neutralize them dulu, build rapport so prospect warm-up to you.

So join us this Sabtu for more hands-on hot tips

Our Litter Robot to push us

Our Little Robot

How do we plan when we want to take a vacation ? How do we pack our bags, our clothings, shopping money to bring ? Some Malaysians pack rending, sambal ikan bilis and even their favourite chile padi and maggi !

My point is – If you know where you are going, you’re able to plan how to get there and focus your time, energy and emotion towards that destination. Its like having a compass or map which help us to stay on track.

It all starts with having hope and DREAMS. Remember its never too late to dream. Dreams with strong sense or have purpose become GOALS. Each GOAL nourished with action plans + determination + deep believe and conviction leads to NEW SUCCESSES and REALITY ?

Wallah !

Remember its not how smart, handsome/pretty or rich a person is – its DETERMINATION propelled long enough that brings success. And each of us have a SECRET WEAPON – our SUB-CONSCIOUS mind (our believe system). Our Sub-conscious mind have power in shaping our habits. Our Sub-conscious mind (little robot) will respond according to our visualization. It doesn’t differentiate negative from positive, its not gender bias and it has the energy to attract what you want !

Persistently and always visualize the RESULTS you desire to keep you enthusiastic, energized and happy. No one can take away “Virtual Happiness” from us. That is the “Virtual Destination” and “Special Place” we go each time and every time we can. Its sacred and it makes us happy. (Senyum sikit ?)

Focus my friend. Plant these seeds into your Little Robot :

  1. Clear Goals
  2. Inspiring Goals – ones that give you goose bumps.
  3. Measurable Goals – can be quantified and has a timeline.
  4. Action based Goals – your creative thinking ability will generate action plans.
  5. Write Goals down – book, board just write them somewhere you can frequently see them.
  6. Share these Goals with close friends and families –the energy and affirmation of more people makes it stronger. (like when we berdoa beramai-ramai)
  7. Some Goals may hafta be flexible especially when circumstances change. This is so that kita tak depressed or disappointed when keadaan memaksa kita ubah hala tuju atau beranjak sikit ke kanan atau kiri. So that kita redha dengan ketentuan ilahi.

Seeing is believing – If you can see it, you can achieve it !

Sell Peti Ais to an Eskimo

Sell Peti Ais to an Eskimo ?

..

..

..

Super sales consultants can sell almost any product to almost everyone. So, how does Unit Trust Consultant generate fantastic income from the abundance of people seeking investment plans and solutions ? The key, I believe is “Educate and provide solutions” never hard sell or pressure or corner prospects to buy.

Many times, a prospect is “cornered” to buy, thereafter dia tak repeat investing sebab tak rasa or feel the “real” need to invest.

Recently, a Unit Trust Consultant asked me “How do I sell Unit Trust Plans to my friends”. Saya tak mahu hilang kawan.

My answer, sebenarnya unit trust consultants are helping, membantu provode solution kewangan. Why do we feel macam seolah-olah kita take advantage kawan-kawan kita bila kita promote Unit Trust Plans ? Remember, ilmu yang kita kongsi dengan orang lain is Fardhu Kifayah – unit trust consultants can never rugi when doing this. Walau tak dapat jual Unit Trust Plans, ilmu yang kita kongsi secara ikhlas insyaAllah Allah balas dengna pulangan pahala. Betul ?

So, here are 4 approaches “How to sell to friends and families “ :

1. Let me share with you…

Kongsi ilmu dan peluang yang baik. Jangan nak makan seorang sahaja.

2. Who’s the COI (Center of Influence)…

Dalam ramai-ramai kawan atau saudara taulan, siapakah yang menjadi ikutan, contoh baik dan “leader of the pact”? Promote to COI, if Berjaya, yang lain-lain akan turut serta. Better still if the COI can hebah dan promote what you do. Sangat-sangat power cara ini. Kita kurang penat.

3. Help me…

Bukan minta bantuan untuk beli Unit Trust Plans but bantu saya membina skils presentation and build confidence. Setiap hari, carilah seorang “date” kawan untuk kita practice sales presentation. Minta jasa baik “kawan” untuk faham, bertanya dan feedback bagaimana nak perbaiki presentation anda. Product yang bagus tentu akan “trigger” kawan untuk bertanya dan faham more detail. Juga cara ini tak akan rugikan anda. Anda akan lebih mahir after each simulasi presentation and potentially, kawan anda akan suka dan invest in your plans !

4. Saya seronok dengan bisnes ini… saya telah Berjaya “bercuti luar negara, secara PERCUMA”, “beli kereta baru”, “ubah lifestyle” dan share inilah progress saya…

Hmmm… cara ini, makan masa. Bila anda telah Berjaya atau sebarang experience yang menggembirakan anda, sila kongsi perasan tersebut dengan kawan-kawan. Promote di facebook, chatrooms dan semasa sembang-sembang kopi. Cerita anda akan inspire kawan-kawan invest dengan anda and better still join you in your bisnes !

Wallah !

Bestnye bisness Unit Trust ini…

Apa itu Unit 'Trust

Kereta Merah Nombor 1

Apa yang anda faham berkenaan unit amanah ?

Di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust (UT), di luar negara dipanggil MUTUAL FUNDS. To me, konsep UT seperti konsep dana khairat kematian di kebanyakan masjid-masjid, dimana ahli-ahli yang mempunyai matlamat yang sama, menabung dalam satu tabung untuk tujuan membantu ahli yang ditimpa kemalangan. Ini namanya Tabaru’ dan salah satu konsep Syariah penting yang digunapakai dalam Takaful (insuran Syariah). Persamaan dengan UT, dimana pelabur-pelabur yang mempunyai objektif yang sama (dari segi untung dan risiko) melabur dalam suatu tabung, diurus oleh pengurus dana (fund managers) melabur untuk keuntungan bersama dikalangan pelabur-pelabur.

Bezanya UT dengan Hedge Funds, pengurus dana UT tidak berkongsi sebarang untung atau rugi dari pelaburan dana tersebut. Kebiasaanya mereka menerima fee yang tetap. Di dalam Hedge Funds, pengurus dana akan berkongsi sama untung dan rugi tersebut.

Analogi yang lebih mudah, pengurus dana UT sebagai Driver. Tabung dana UT sebagai kereta or “vehicle” pelaburan dan pelabur-pelabur sebagai penunggang kereta. Dimana pula fungsi Unit Trust Consultant ? Unit Trust Consultant sebagai “co-driver’ kereta tersebut. Suruhanjaya Sekuriti sebagai JPJ yang mengawal selia keadaan kereta dan undang-undang jalanraya.

Melalui analogi Unit Trust sebagai “vehicle” atau kereta, kita lebih dapat memahami mengapa pelabur-pelabur akan memilih kereta mewah dan selamat. Seumpama tabung UT yang besar, kurang risiko tapi memberi kepuasan (dari segi kelajuan, perjalanan selesa, ruang yang cantik). Kereta-kereta mewah biasanya memberi perjalanan selesa sebab absorber (turun naik harga), system brake (stop loss system) yang mantap, cc yang tinggi (lebih laju capai matlamat dan mudah untung) dan kebiasaannya harga yang lebih (mahal tapi berbaloi). Ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki kereta mewah sebab “pride of ownership” bangga memandu kereta yang hebat disamping sebab-sebab di atas tadi. Indahnya lagi Unit Trust sebab pelabur tak perlu berbelanja lebih untuk menaiki kereta mewah, hanya pelaburan pokok minima RM1,000 dan tabungan bulanan RM100 dah mencukupi.

Kereta yang hebat jika dipandu oleh pemandu (Fund Manager) yang experience, cekap dan berstamina akan menjamin perjalanan yang baik. Co-driver (Unit Trust Consultant) yang juga peka dan sentiasa alert, akan memberi lebih manfaat kepada penunggang (pelabur) kereta tersebut. Sesekali, co-driver (Unit Trust Consultant) perlu jadi seperti GPS dan Tourist guide, perlu memberi penerangan dan bercerita tentang perjalanan tersebut agar pelabur faham itinery perjalanan.

Pelabur-pelabur yang happy dengan perjalanan tersebut, mungkin tak mahu turun dari kereta tersebut, kerana terlalu selesa dan syok. Soalnya sekarang bagaimana kita dapat memberi such pleasant experience kepada investors di dalam keadaan pasaran yang hebat turun naiknya ? Bagaimana kita dapat memberi keyakinan kepada investors Unit Trust bahawa mereka akan selamat sampai ke destinas (matlamat kewangan) ? Bagaimana pula kita sebagai Unit Trust Consultant akan sentiasa dapat bercerita dan menerangkan keadaan perjalanan tersebut jika ilmu kita tak cukup mantap ?

Tepuk dada, tanya selera…

Cari lah ilmu dan kembangkan minda supaya faham bahawa pasaran yang turun naik, akan memberi ganjaran jangkamasa panjang yang hebat kepada pelabur-pelabur kita.

Pelan Haji

Pelan Kewangan Haji

Salam kembali.

Ramai kawan-kawan pulang dengan panggilan Hajjah dan Haji, surely tenang di hati, dapat laksanakan tuntutan Rukun Islam kelima. Saya ucapkan tahniah to Haji Arif Ismail, Hajjah Norhazah Ibrahim, Hajjah Hasimah Muhammad dan Haji Salihodin. InsyaAllah kita semua akan juga rasa ketenangan itu, hopefully dalam masa yang terdekat.

But before that – syarat “Mampu mengerjakan Haji” includes financial aspect, apart from berkeupayaan (fizikal dan mental). Syarat wajib lain – Islam, berakal, baligh, merdeka, termasuk juga “mahram” bagi wanita. Most often syarat “mampu” terbatas due to sebab-sebab quota (daftar tahun 2011, dijangka pergi haji selepas tahun 2040). Jadi, yang tak sabar-sabar menunaikan Haji akan mengambil jalan alternatif melalui pakej-pakej swasta yang dianggarkan minimum RM20,000 seorang jemaahsehingga RM120,00 (apa salahnya kalau memang mampu).

Duit shopping tak termasuk tau ! Sebab inilah kita sebagai orang Islam perlu kekayaan (halal, berkat) agar dapat menunaikan ibadat untuk diri sendiri dan menderma untuk yang kurang mampu. “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”.

So, we will use RM20,000 as our starting point untuk diskusi “Financial Planning for Haji”. Boleh ?

LANGKAH-LANGKAH


1. Anggarkan kos haji – minima RM20,000 seorang dan diandaikan naik setiap tahun mengikut kadar inflasi semasa, sekitar 3% setahun.

2. Congak duit yang sedia; ditabung untuk tujuan haji.

Nota : Sebanyak RM1,300 boleh dikeluarkan dari Akaun 2 di EPF untuk ditabung di Tabung Haji; bagi melayakkan seseorang berdaftar untuk menunaikan haji melalui giliran, dengan Tabung Haji.

3. Berapa wang yang tak cukup ? (amaun 1. tolak amaun 2.)

4. Sebarang kekurangan or shortfall, perlu ad “Pelan Kewangan Haj”. Beberapa alternatif disarankan dalam diskusi kali ini.

Sample Kes

Aminah berumur 35 dan ingin menunaikan Haji pada umur 45 tahun. Aminah belum pernah menabung untuk Haji.

1. Amaun yang diperlukan = RM27,000

Nota : Lihat TABLE 1 untuk pengiraan – setiap RM10,000 akan jadi RM13,439 [kenaikan harga 3% setahun (inflasi) selama 10 tahun]. Oleh itu RM20,000 jadi RM26,878 atau sekitar RM27,000.

2. Amaun wang sedia ada = RM 0

3. Amaun wang tak cukup = RM27,000 – RM 0 = RM27,000 (seorang jemaah)

Nota : Aminah mungkin perlu gandakan RM27,000 jika merancang untuk “mahram” i.e RM27,000 x 2 = RM54,000.

4. Rangka “Pelan Kewangan Haji” Aminah. Beberapa alternatif disarankan seperti berikut.

Pelan A – simpanan sekali gus dari RM8,693 ke RM16,575

Rujuk Table 1

Aminah boleh menabung dengan sumber wang lain yang dia ada (mungkin bonus hujung tahun, wang VSS atau jualan aset ?). Jawapannya adalah tabungan sekali gus sebanyak RM16,575 nilai sekarang dalam tabungan dengan pulangan 5% setahun (Tabung Haji). Atau tabungan sekali gus RM8,693 nilai sekarang dalam tabungan dengan pulangan 12% setahun (Unit Amanah Syariah).

TABLE 1

Pengiraannya seperti berikut :

Di Tabung Haji (pulangan 5% setahun), setiap RM10,000 dianggar menjadi RM16,289. Jadi untuk ada RM27,000 Aminah hanya perlu menabung

= ( RM27,000 / RM16,289 ) x RM10,000 = RM16,575 sekarang

Sekiranya Aminah menabung di dalam unit amanah syariah dengan pulangan 12%setahun, Aminah hanya perlu menabung sekarang sebanyak

= ( RM27,000 / RM31, 058 ) x RM10,000 = RM8,693 sekarang

Menariknya tabungan amaun RM16,575 di Tabung Haji, sekiranya ditabung dalam Unit Amanah (Syariah) dianggarkan dapat menampung hampir 2 jemaah haji. Jadi perlu bijak memilih.

Pelan B – simpanan bulanan dari RM116 ke RM173 sebulan

Bagi “bakal” jemaah yang tidak mampu laksanakan Pelan A, mungkin sebab komitmen-komitmen yang tinggi, boleh menabung secara Pelan B “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Rujuk Table 2

Aminah boleh menabung setiap bulan. Digalakkan potongan gaji atau auto-debit bank terus ke akaun Tabung Haji atau Akaun Unit Amanah. Mesti disiplin dan benar-benar mahu menunaikan Haji. Jawapannya adalah tabungan bulanan sebanyak RM173 setiap bulan dalam tabungan dengan pulangan 5% setahun (Tabung Haji). Atau tabungan bulanan RM116 dalam tabungan dengan pulangan 12% setahun (Unit Amanah Syariah). Lebih baik lagi jika tingkatkan ke RM200 (Tabung Haji) dan RM120(Unit Amanah) sebulan agar lebih cepat capai objektif RM27,000.

TABLE 2

Pengiraannya seperti berikut :

Di Tabung Haji (pulangan 5% setahun), RM100 setiap bulan selama 10 tahun dianggar menjadi RM15,593. Jadi untuk ada RM27,000 Aminah hanya perlu menabung

= ( RM27,000 / RM15,593 ) x RM100 = RM173 sebulan

Sekiranya Aminah menabung di dalam unit amanah syariah dengan pulangan 12% setahun, Aminah hanya perlu menabung sekarang sebanyak

= ( RM27,000 / RM23,234 ) x RM100 = RM116 sebulan

Pelan C – simpanan secara “tangga” ikut kemampuan bulanan

Masih mengeluh ? Tak mampu Pelan B ?

Cubalah Pelan C – alternatif dimana sekiranya mampu hanya RM50 sebulan, maka lakukan auto-debit dan mulakan tabungan di Tabung Haji. Bermula dengan RM50 sebulan selama 3 tahun di Tabung Haji. Tambah tabungan setiap tahun sebanyak RM25 sebulan. (Tahun 1 RM50 sebulan, Tahun 2 RM75 sebulan, Tahun 3 RM 100 sebulan dan seterusnya hingga Tahun 10 RM275).

Dihujung tahun ketiga, amaun tersebut menghampiri RM3,000. Sebanyak RM1,000 dikeluarkan untuk modal pelaburan pokok di Unit Amanah dan tabungan bulanan akan diteruskan di akaun Unit Amanah pula.

Melalui cara “tangga” di atas, objektif RM27,000 akan tercapai dalam tahun ke 10.

So, bagaimana rasanya – boleh menabung tak ? Konsep yang sama boleh diubahsuai untuk apa-apa Pelan Kewangan (belian aset, pelajaran anak-anak dsb). Sekiranya keliru – call saya di 017-3104171 untuk diskusi lanjut. or e-mail JustSynergySolutions@ymail.com.

Sekian buat kali ini, semoga diskusi kali ini dapat membuka minda dan memanfaatkan kita semua. InsyaAllah.

+Selamat tahun baru 2012 dengan azam-azam yang AWESOME !

Hadiri sessi “Goal Setting” J.U.S.T pada 14 January di Pejabat Cheras kami – tempah tempat anda segera…

Attract Peluang Keemasan

Attract Peluang Keemasan

I call this The “You Had Me at HELLO” Technique.

In Article “Sell Peti Ais to Eskimo” http://justunittrust.com/1326/jual-produk-kepada-kawan-kawan saya share bagaimana dapat SUSPECTS yang berpotensi menjadi PROSPECTS. Eventually these Prospects become Customers, CLIENT and our INVESTORS. Teknik ini memerlukan kita sentiasa aware, peka kepada orang di keliling kita dan sentiasa mencari peluang-peluang keemasan. Adakalanya agak penat bukan ?

Nak teknik yang lebih mudah ? Teknik ini bermula dengan appresiasi diri kita. Sayangi diri anda dahulu. Seterusnya gunalah daya tarikan anda untuk ATTRACT clients and investors. Jadilah seperti magnet dengan daya tarikan yang hebat dan aura yang sangat menarik. Mahukah anda perolehi daya tarikan yang AWESOME ini dan menjadi seperti magnet, dengan mudah menarik dan attract peluang, rakan-rakan dan INVESTORS ?

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang dengan daya PESONA yang sangat menarik sehingga anda terlalu tertarik ? Hmmm seperti lagu “menarik, tertarik, kau memang the BOMB” (Tak semestinya dari segi paras rupa sahaja). PESONA atau PERSONALITY adalah kombinasi kelakuan, tingkah laku (tahap sedar dan separuh sedar) dan visual seseorang (appearance – pemakaian, warna, bau dsb). PESONA seseorang akan mencetus dan “connect” kepada deria orang di persekitaraan. It’s the power to connect with others and “law of attraction” in action, tanpa mereka sedar.

Apa respons kita apabila dirapati oleh orang yang berupa seperti samseng ? Kita berasa takut melihat seseorang yang berpakaian seperti orang jahat. Manakala, kita suka melihat kanak-kanak dan baby sebab happy bila tengok baby yang comel dan wangi. Kita tertarik dengan wanita cantik dan jejaka handsome kerana ……… ? Immediate response – sedar atau tidak !

Jadi teknik mudah “YOU HAD ME AT HELLO” [movie Jerry Mc Guire – Tom Cruise dan Renee Zelwegger] bila tertarik pada pandangan pertama. Mat Sallleh kata FIRST IMPRESSION COUNTS. Ia akan membuka peluang keemasan dan menarik banyak opportunity kepad diri kita.

Teknik-teknik “YOU HAD ME AT HELLO”

  1. SAYANGI diri anda. Jaga kesihatan, pakaian, kebersihan, pemakanan diri kita. PHYSICAL APPEARANCE kita.
  2. Clear your mind of perasaan negative – dendam, hasad dengki, sedih. Lihat dunia anda dari kaca mata ABUNDANCE, KEBAHAGIAAN, ENAK, TENANG dan penuh KESYUKURAN. Selalulah bersangka baik. Santapan MINDA kita.
  3. Pancarkan kebahagiaan, niat berkongsi dan generousity. Pancarkan enthusiasm yang AWESOME supaya tenaga ini berjangkit dan menggembirakan orang lain.http://justunittrust.com/1383/penyakit-berjangkit-gembira
  4. Jadilah orang yang berperikemanusiaan dan prihatin. Pancarkan rasa kasih saying yang ikhlas.
  5. Carilah seorang MENTOR – contoh orang yang kita admire dan hormati sebab kehebatan mereka. Contoh visual. [bolehkah kita gunakan Rasullallah sebagai mentor ?]
  6. Mengaku kesalahan dan akui kesilapan diri dengan ikhlas. Kita perlu jujur sekiranya tersilap atau membuat kesalahan.
  7. Gunakan WORD POWER – gunakan perkataan-perkataan yang kita suka “CANTIK” “SENYUM” “WEALTHY” “LUCK”…… ulang perkataan-perkataan ini lebih dari 10 minit, 2 kali setiap hari. [ini doa kita]. Boleh juga ditulis selalu. Cara mudah ini akan menusuk masuk minda sub conscious (separa sedar) atau LITTLE ROBOT kitahttp://justunittrust.com/1399/little-robot .Seterusnya tingkah laku, pertuturan dan minda conscious kita akan berjalan seperti program “cantik, senyum, wealthy, luck….”.

Amalkanlah …

KNOWING is one thing, DOING is something else.

Be AWESOME !

Usaha VS Peluang

Usaha vs Peluang

.

Peluang ada dimana-mana. Kalau tak dipecah ruyung manakan dapat sagunya ?

Melihat peluang dimana-mana umpama melihat ikan-ikan berenang dalam kolam pancing, tanpa memiliki pancing ! Jika kita positif dan yakin, kita boleh menarik peluang. Soalnya sekarang mana nak dapatkan pancing ? Joran ?

Dan bagaimana cara untuk memancing ? Skill memancing perlu kesabaran, perlu masa dan perlu peralatan yang baik, untuk mendapat hasil yang baik. Bak pepatah “Practice makes perfect”. Betul ke ?

Nope. The reality is “Practice PERFECT, to be PERFECT”. That’s why athletes like Jeremy Lin (under dock turn instant basketball star), Tiger Woods, Lionel Messi, Rafael Nadal, Datok Lee Chong Wei practice, practice and practice everyday to be sports legend and superstars. To maintain their world ranking. To be dependable to perform well at any given time. Yes, sometimes even superstar “kantoi” but that’s part of being human. We are not perfect but strive to be the best we can.

A lesson from recent stunt from Jeremy Lin – a Chinese graduate from Harvard turned New York Knicks NBA basketball hero. Lin believes in practicing hard and punya daya saing and resilience, each time he falls. Its not how bad you fall, but how you bounce back from that fall ! Lin was so ready when peluang to play due to the main team players’ injury. He was mentally and physically ready. Lin proved himself and seized the opportunity. Become instant celebrity ! And he got immediate stardom !

Andakah anda juga begitu ? Are you READY when OPPORTUNITY knocks on your door ?

I always believe each person ada THRESHOLD – suatu titik lonjakan, Its like a tahap dimana jika seseorang tahan dan berusaha menembusi tahap “titik lonjatan” tersebut, dia akan berjaya serta merta. Isu nya sekarang setiap orang punyai THRESHOLD berbeza-beza. Dan ramai yang tak tahan go through and go beyond titik lonjakan mereka. Sebab itu kita tak boleh putus asa di dalam mengusahakan sesuatu yang diidamkan. Kadang-kadang people give up bila terlalu hampir untuk berjaya.

My personal experience in unit trust business is when I got my first RM1 million investment by an investor – the moment of truth. From that point onwards, it boosted my confidence, it gave me sense of significance and off course the money was good ! Sejak itu, unit trust business never look mundane and biasa, I fell in love with unit trust business and found my sense of purpose. Very much like falling in love with a person, found your purpose and life became so significant thereon. Am sure you’ve been there, done that and know what I am talking about. How did it felt ? AWESOME ? Oh yes…

Look at the graph kat atas – PELUANG (Opportunity) versus Usaha (Hasil Practice). Peluang (opportunity) sentiasa ada dimana-mana – kadang-kadang peluang cantik adakala peluang kurang menarik – well that’s life. Soalnya adakah anda bersedia bila peluang itu didepan mata ? Sebab itu, kita perlu sentiasa bersedia – practice the right skill set, equip diri dengan ilmu dan sentiasa carry that positive confidence.

Do you know that kesusahan itu membina character seseorang ? Charachter tersebut akan membuahkan harapan dan impian. Teruskan impian anda, usah putus asa dan mudah selesa dengan pencapaian yang kecil. Sentiasa cuba perbaiki diri dan gerakkan MILESTONE anda ke depan setiap kali anda mencapai sesuatu yang diidamkan.

Soalnya sekarang bagaiman bina daya saing dan tidak mudah putus asa ?

1. Tanamkan minat – passion dan interest yang mendalam didalam sesuatu usaha yang dikerjakan.

2. Fokus dan kurangkan distraction.

3. Bayang dan visualise kejayaan tersebut. Bayangkan hasil dari kejayaan tersebut.

4. Percaya pada diri sendiri. Walaupun kadang-kadang kita perlu mentor dan bantuan atau sokongan tambahan.

So, never give up before giving sufficient time and effort when pursuing a project, a dream, a purpose. Anda mungkin terlalu hampir kepada KEJAYAAN ANDA.

Stay Awesome !